top of page

Tips Fesyen: Gaya Boyfriend Jeans


Waktu hujung minggu sememangnya digunakan untuk bersantai bersama ahli keluarga atau melakukan aktiviti yang meringankan minda. Setelah penat menyarung pakaian formal di waktu kerja, pemilihan pakaian pada hari minggu kebiasaannya bersifat santai dan kasual. EH! cadangkan anda untuk mencuba boyfriend jeans. Boyfriend jeans atau baggy jeans adalah seluar jeans bersaiz besar yang kebiasaannya dipakai oleh kaum lelaki. Kebanyakan wanita takut untuk mencuba jeans jenis ini kerana bimbang akan tampak selekeh. Namun ianya bukanlah suatu masalah jika dipadankan dengan ceraian yang betul. Bahkan ianya mampu membuatkan anda tampil chic serta bergaya. Boyfriend jeans bukan sahaja boleh digayakan santai, tetapi juga sesuai untuk dipakai di acara formal seperti business meeting. Caranya? Padankan dengan blazer serta kasut tumit tinggi, and you are good to go!himpunkan gambar dari Gwen Stefani yang menggayakan jeans ini agar memberi inspirasi kepada anda untuk mencubanya.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page