top of page

Tips Memilih Warna Pakaian


1.Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.

Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.

2 Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.

Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.

3 Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.

4 Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page