top of page

5 Cara Untuk Jadi Stylish

Punya wang bukan jaminan seseorang itu boleh membeli gaya atau stail. Memang ada orang yang sememangnya dilahirkan dengan sense of fashion yang baik, namun masih ada harapan bagi anda yang masih lagi kekok atau kabur soal gaya. Jika ada kemahuan pasti ada jalan merubah penampilan. Kami bariskan bagaimana anda boleh menggilap gaya peribadi. CARI ILHAM Ilham fesyen ada di mana-mana. Anda hanya perlu buka mata dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Majalah, internet, video muzik, siri TV mahupun filem boleh dijadikan sebagai rujukan. Anda Cuma perlu bijak memilih kerana tidak semua sajak digayakan dengan anda. Pick and choose! BERANI MENCUBA Usah takut untuk bereksperimen. Setiap orang akan melalui satu fasa trial and error. Kalau tidak cuba mana tahu, bukan? Jadi tingkatkan keberanian untuk mencuba sedikit demi sedikit. Usah ubah gaya anda secara total dan drastik. Misalnya, jika anda bukan seorang yang gemar memadakan pakaian dengan aksesori, mungkin anda boleh mulakan dengan membeli gelang atau rantai. BERGAUL Cuba bergaul dengan mereka yang punya sense of fashion yang baik kerana teman-teman sememangnya pengaruh besar pada gaya hidup anda. Jadi, pabila sekali-sekala anda meluangkan masa bersama mereka setidak-tidaknya ia akan membuatkan anda berasa selesa untuk bergaya, ia juga menghilangkan rasa ‘overdressed’. WINDOW SHOPPING Jika ada masa luangkan masa untuk window shopping. Pada hujung minggu luangkan masa ke satu pusat beli-belah dan masuk ke setiap butik dan dari situ anda boleh lihat apa yang ada. Anda dan teman boleh bermain suai padan di fitting room. Tiada salahnya mencuba. OPEN MINDED Buka minda dan terimalah dengan kritikan dengan baik. Usah terlalu yakin dengan pilihan sendiri, sekali-skala anda perlu pertimbangkan pandangan orang lain tentang gaya anda. Namun usah terima bulat-bulat, fikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page