top of page

Casual Friday !


Sesetengah syarikat memberikan sedikit kelonggaran dari segi pemakaian kala di tempat kerja kala tiba hari Jumaat. Bahkan ada juga yang sememangnya mengamalkan gaya kasual dan santai kala di pejabat.


Ia sedikit sebanyak memberikan keselesaan dan kebebasan kepada pekerja mereka untuk tampil kasual tetapi masih memastikanlagi gaya smart dalam penampilan tersebut.


Jadi, FS kongsikan apa yang sesuai digayakan kala di tempat kerja pabila Jumaat tiba.


Denim

Gayakan celana panjang denim bersama kasut bertumit sederhana atau tinggi. Seeloknya pilih denim berona biru gelap, elakkan yang terlalu lusuh. Kenakan juga bersama baju T atau kemeja serta blazer sebagai penambah kekemasan kala ke pejabat.

Culotte

Sarung celana culotte bersama blaus yang berona sepadan. Cullote memberikan gaya nan cukup selesa dan pilihan rona yang tepat memberikan gaya yang masih tampak kemas. Gayakan bersama sepatu bertutup tidak kira sepatu bertumit tinggi atau sepatu leper. Namun, gandingan bersama kasut tumit tinggi lebih seksi.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page