top of page

Ini Panduan Terbaik Beli Jeans Paling Sempurna Mengikut Bentuk Badan Anda

Ayuh ketahui potongan jeans bagaimana yang sesuai dengan bentuk tubuh kamu. Barulah tampil hebat dan langsing bagai model kempen denim!

1. Low-rise Jeans

Jeans berpotongan rendah hanya sesuai untuk badan kurus sahaja. Pilihan kedudukan poket yang sedikit ke bawah daripada biasa memberi ilusi pemakai sedikit berisi. Tetapi, bagi kamu berbadan berisi boleh menampakkan perut kamu menggeleber seperti mufin. Jadi, kamu harus pilih jeans yang terletak betul-betul pada paras pinggang.

2. Ultra Low-rise Jeans

Berpotongan sangat rendah, hanya sesuai untuk wanita berbadan langsing sahaja. Pastikan pinggang jeans tidak berada lebih bawah daripada tulang pinggul kamu. Bagi kamu yang bukan bersaiz badan seperti model pasti rekaan jeans ini menampakkan sebahagian punggung atau seluar dalam. Jika kamu pilih jeans ini perlu berhati-hati, awasi cara duduk kamu agar tidak kelihatan seluar dalammu.

3. Boot-cut Jeans

Inilah jeans paling diminati sepanjang masa. Potongan klasik sesuai untuk wanita bertubuh berisi. Potongan kembang pada bahagian betis dapat mengalihkan tumpuan bahagian pinggang,pinggul dan paha, malah membuatkan bahagian paha kecil dan bahagian kaki kelihatan runcing. Ia juga memberi kamu ilusi lebih tinggi.

4. Stonewashed Jeans

Warna purda pada bahagian paha dan punggung dapat memberikan stail seksi pada kamu. Penambahan sedikit kesan koyak (destroyed) lebih ranggi. Stail ini sangat sesuai bagi yang berjiwa muda dan inilah jenas yang sedang hangat diperkatakan.

5. Dark Jeans

Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Seperti yang kita tahu, warna gelap memberi kesan kecil dan kurus kepada pemakai. Warna jeans yang cerah pula akan memberi kesan lebih besar. Antara warna yang menjadi pilihan ialah biru gelap dan hitam, sesuai ke mana sahaja, siang atau malam.

6. Straight Jeans

Potongan lurus jeans ini sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Boleh mengecilkan pinggul dan memberi keseimbangan kepada potongan kaki kamu. Pastinya sangat menarik dengan padanan kasut bertumit rata! Bentuk AV seam pada bahagian belakang jeans juga memberi kesan kurus.

7. Distressed Jeans

Jeans ini menarik dipakai semasa bersantai, sesuai sekali untuk semua bentuk badan. Kedutan pada bahagian seluar jeans juga memberi impak seksi dan cukup trendy untuk dicuba.

8. Cropped Jeans

Pendek dan seksi. Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Tetapi bagi yang berkaki pendek, kamu dinasihat supaya lupakan sahaja hajat untuk mencubanya kerana kamu akan kelihatan lebih pendek! Jangan sesekali memakai yang berpoket di belakang kerana nampak lebih besar dan kembang.

9. Skinny Jeans

Pastinya sesuai untuk kamu yang berbadan kurus serta berkaki panjang. Kamu pasti nampak lebih langsing. Potongan ini juga sesuai untuk kamu yang rendah dan kecil molek. Paling senang untuk disesuaikan dengan semua jenis baju. Menarik untuk dicuba!

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page