Tips Muslimah Ke Pejabat
Banyak faktor yang perlu dititikberatkan sebelum kita memilih pakaian. Samada korang bekerja di pejabat mahupun melakukan tugasan di luar, pemilihan pakaian yang praktikal dan sesuai sangat penting untuk memastikan keselesaan ketika melakukan pekerjaan. Antara faktor yang diambil kira ialah :
saiz badan
umur
jenis kerjaya,
padanan corak serta aksesori
tona kulit (mengikut personaliti)
Tapi jangan risau! Kerana ada beberapa tips fesyen online yang boleh bantu korang membuat pilihan dengan betul dan sesuai! ;)
Tips Fesyen Online Muslimah Ke Pejabat
Kenali tubuh anda
Paling utama dan paling terpenting sekali, anda kena kenali tubuh badan anda. Pilih pakaian yang selesa dipakai dan tidak terlalu menonjolkan bentuk tubuh badan. Pastikan pakaian yang dikenakan sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuh.
Tentukan jenis pakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai ke pejabat
Tidak kira samada anda bekerja di agensi kerajaan mahupun swasta/korporat, pemilihan jenis pakaian yang sesuai penting mengikut profesion masing-masing. Gunakan garis panduan pemakaian yang disediakan supaya anda boleh membuat keputusan yang betul dalam memilih pakaian. Antara pilihan jenis pakaian yang sesuai ialah baju kurung, kemeja bersama blazer, jumpsuit dan lain-lain. Elakkan dari memakai material jenis denim atau jeans.
Pilih saiz pakaian yang sesuai dengan bentuk badan
Elakkan memakai pakaian yang kainnya mengikut bentuk badan. Pemilihan saiz baju yang betul akan memberikan imej profesional dan juga selesa ketika di pejabat. Sekiranya anda sering mengenakan kemeja dan seluar slack atau long pants, pastikan baju kemeja tidak pendek sehingga di paras atas paha.
Pilih padanan warna yang sesuai
Sebaiknya pilih dua padanan warna yang sesuai. Paling maksimum, boleh sehingga tiga warna sahaja. Elakkan memilih kumpulan warna yang sama, Kumpulan warna terbahagi kepada dua iaitu warna sejuk dan warna panas. Sekiranya mempunyai corak, anda boleh suai padankan dengan warna yang terdapat dalam corak tersebut untuk membangkitkan penampilan yang lebih harmoni
Aksesori
Fesyen tidak hanya terfokus pada pemakaian sahaja, malah ia turut melibatkan pemilihan aksesori yang sesuai dan padan seperti tudung, kasut dan beg tangan. Untuk tudung, elakkan dari memilih tudung yang mempunyai corak 'berserabut' dengan hiasan manik dan labuci semata-mata, namun jika terdapat sedikit di bahagian tepi tudung itu tidak menjadi salah!
Sekiranya anda memakai pakaian corak 'kosong', tudung sebaiknya pilih yang bercorak. Padanan warna juga perlu diambil kira supaya warna tudung harmoni dan seimbang dengan warna baju. Begitu juga jika anda memakai baju bercorak, maka tudung bercorak 'kosong' dipilih.
Harap tips-tips di atas dapat memudahkan kita membuat keputusan dalam memilih pakaian yang sesuai. Yang penting kita merasa selesa dengan apa yang kita pakai dan praktikal dengan bidang tugas kita di pejabat atau di luar.
Selamat mencuba! ^^