top of page

11 Cara Untuk Pilih Baju Yang Berkualiti


Semua wanita gilakan baju-baju yang cantik. Pastinya kalau shopping baju pasti tidak ingat dunia! Namun, pastikan anda tidak tertipu dengan membeli sesuatu yang berkualiti rendah. Harganya mungkin murah tetapi ia tidak semestinya bertahan lama. Jadi untuk mengelakkan anda daripada tertipu, Jelita kongsikan 11 cara mudah untuk anda memilih baju yang berkualiti agar tidak tertipu. Lihat komposisi pada label

Sebelum anda membeli baju yang anda inginkan, pastikan sebelum itu anda periksa labelnya terlebih dahulu. Jenama-jenama pakaian boleh melabel apa sahaja asalkan baju mereka terjual. Kadang-kala baju yang diperbuat daripada sutera itu bukanlah 100% diperbuat daripada sutera. Jadi berhati-hati sebelum anda membeli. Periksa lipit pakaian


Pereka pakaian juga suka menggabungkan lipit pakaian untuk mendapatkan pakaian yang lebih extravagant dan juga untuk membantu menyembunyikan sebarang cacat cela apabila lipit yang lembut dan nipis yang digunakan. Pakaian yang mempunyai jahitan yang tersendiri sangat sukar untuk dilakukan, ia lebih mahal dan hanya digunakan oleh sesetengah orang sahaja. Pakaian yang muat dengan kamu mungkin tidak dapat muat dengan orang lain. Warna pakaian


Perkara ini sering berlaku pada beg tangan yang mempunyai kawasan berwarna putih yang luas diletakkan di sebelah kawasan bewarna. Warna yang terdapat di kawasan berwarna mungkin akan tergesel pada kawasan putih. Jadi, pastikan anda berhati-hati. Jangan tertipu dengan perincian


Jauhi baju yang dijual sangat murah tapi dipenuhi dengan manik atau labuci. Ini kerana pakaian ini tidak akan bertahan lama. Cara yang sesuai adalah dengan membeli pakaian yang plain dan hiasinya dengan aksesori yang cantik. Pastinya anda tidak mahu mengutip manik dan labuci yang tertanggal di dalam mesin basuh, kan? Lihat gabungan cetakan


Sekiranya anda ingin membeli baju yang dipenuhi dengan cetakan, pastikan anda periksa sama ada ia diperbuat dengan baik atau tidak. Caranya ialah dengan membandingkan dua bahagian pada pakaian dan lihat jika cetakkannya berpadanan atau tidak. Pakaian yang dihasilkan dengan baik akan mempunyai cetakan yang sempurna pada kedua-dua belah tanpa sebarang ketidaksempurnaan. Pastikan ia tidak tercarik

Bagi anda yang sering memakai satu pakaian berulang kali, pastinya anda sedar keadaan pakaian anda yang sudah tercarik, pakaian menjadi lusuh dan lama-kelamaan ia berbulu. Perkara seperti ini sukar untuk dijangka tetapi jika pakaian itu sedah tercarik sebelum anda membelinya, letakkan semula pakaian itu di atas rak Percubaan cahaya

Satu lagi cara untuk tahu pakaian itu berkualiti atau tidak adalah dengan menghalakan fabrik pakaian yang dipilih ke arah cahaya yang terang dan lihat sebanyak mana cahaya menembusi pakaian itu. Pakaian yang berkualiti tinggi selalunya tebal dan hanya sedikit sahaja cahaya yang boleh menembusi fabrik tersebut. Tarik pakaian perlahan-lahan

Rengangkan sedikit pakaian yang anda ingin beli dan lihat sama ada fabrik tersebut kembali ke tempat asal atau fabrik menjadi sedikit longgar dan tak tentu arah. Ia adalah cara berkesan untuk tahu jika pakaia tersebut boleh muat dengan anda buat jangka masa yang lama. Lihat benang pada fabrik

Lihat dan periksa benang yang digunakan pada pakaian sama ada jahitannya sesuai dengan pakaian atau warna benang itu sesuai dengan warna pakaian tersebut. Lihat juga jika ada sebarang benang atau jahitan yang berlebihan. Tarik dengan lembut lipit pakaian untuk ketahui sebanyak mana fabrik pakaian itu boleh direnggangkan. Pastikan ia punya lapisan kain dalam

Kain lapisan dalam amat penting terutama sekali jaket mewah anda. Jika ia tiada lining, maka ia bukan lagi mewah. Prinsip yang sama digunakan pada beg tangan. Jika beg tangan tersebut mahal maka ia seharusnya ada kain di bahagian dalam.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page