top of page

4 Gaya Fesyen Yang Anda Perlu Elakkan

Sebut sahaja mengenai fesyen, memang enak didengar dan tampak mudah namun ada dikalangan kita yang masih kurang pengalaman dalam berfesyen namun kita tahu mana sumber yang sesuai untuk dipelajari. Jangan gusar, teruskan semangat anda untuk berfesyen dan teruskan mempelajari ilu fesyen. Disini, kami sertakan beberapa gaya fesyen yang anda perlu elakkan agar tidak menjadi bahan ejekan orang sekeliling.


Pakaian terlalu seksi

Bukan untuk menjadi guru agama, namun bila anda memakaia pakaian yang terlalu mendedahkan bahagian yang tidak perlu, maka ia bukanlah digelar fesyen. Persalinan serba ketat juga dan jarang sehinggan menampakan kulit anda juga tidak digalakkan. Apa kata cuba top berlengan dengan potongan simetri pada bahagian depan dan denim luntur. Sudah tentu ianya fesyen!

Denim cawat pendek

Hati-hati kerana seluar cawat pendek ini mungkin tampak anda kurang bergaya. Sekiranya bahagian pinggul dan perut anda besar, elakkan seluar jenis ini kerana ia tidak boleh menyorokkan lemak anda! Kebiasaanya denim jenis ini sesuai untuk badan betubuh lansing dan tinggi.

Masih ‘tertinggal’ dengan fesyen lama

Fesyen sememangnya perlu mengikut arus peredaran masa. Jika anda benar-benar meminati bidang fesyen maka anda perlukan membuka mata dan sentiasa peka terhadap gaya sekeliling anda. Rajin untuk bereksperimentasikan pakaian yang anda anda. Tidak semestinya perlu membeli baju baru setiap kali ‘zamannya’ sudah berakhir. Cuma perlu anda sedikit kepakaran dalam menyuaipadankannya.

Pakaian terlalu kecil atau terlalu besar

Situasi ini sememangnya sering berlaku di sekeliling kita. Mungkin ianya baju kesayangan anda ataupun ianya baju paling mahal pernah anda ada. Namun sekiranya ianya terlalu besar untuk anda sudah tentu ia merosakkan gaya keseluruhan ada.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page