top of page

4 Kod Pemakaian Yang Anda Perlu Tahu

Jika mahu menjadi sebahagian daripada penggiat fesyen tanah air, anda perlulah ambil tahu beberapa info ringkas etika berpakaian termasuklah kod pemakaian. Mungkin nampak leceh namun ia penting agar anda tidak menjadi bahan jenaka orang sekeliling. Samada membeli belah, menghadiri majlis konvokesyen anak anda, etika berpakaian sangat mempengaruhi penampilan anda. Mari lihat 6 jenis kod pakaian untuk memudahkan anda memilih baju sesuai mengikut acara

Informal/ Rasmi

Ianya termasuklah pemakaian ke pejabat, majlis perasmian, majlis konvokesyen dan menghadiri mesyuarat. Sebagai contoh, anda boleh gayakan helaian blaus, dress polos bawah lutut atau celana potongan tirus. Untuk hasil lebih memuaskan, sarung blazer atau jaket fabrik kapas bagi melengkapkan gaya anda.


Sesi Formal

Etika semi formal lebih kurang sama dengan formal namun ianya bersifat sedikit bebas. Kebiasaanya semi formal dikaitkan dengan pemakaian dress atau gaun ringkas digayakan bersama tas tangan. Untuk kod ini, ia sering dikaitkan dengan acara malam seperti seperti makan malam, menghadiri majlis koktail atau majlis perkahwinan berkonsepkan Inggeris.

Smart kasual



Smart kasual seakan sama dengan pakaian kasual yang bermaksud penampilan yang separa santai. Ia juga adalah kombinasi daripada kasual dan business kasual. Kebiasaanya smart kasual sering dilihat untuk majlis seperti menghadiri majlis di pejabat dan bersantai. Gabungan seperti helaian denim dipadankan bersama blazer bercorak tergolong untuk kod ini.

Kasual

Kod pakaian ini bersifat bebas dan anda boleh menggayakan apa jenis item fesyen yang anda mahukan beergantung kepada cuaca dan persekitaran. Jika di Malaysia, fabrik kapas adalah fabrik utama dalam kod kasual memandangkan ia penyerap peluh yang baik. Sehelai top cetakan floral dipadankan bersama denim potongan lebar. Gayakan dengan beg bertali dan kasut berwarna putih. Bersedia untuk membeli-belah!


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page