top of page

Tip Hilangkan Kesan Makanan Pada Pakaian Anda

Kesan kotoran akibat tumpahan makanan dan minuman seperti kopi, coklat dan kari boleh meninggalkan kesan pada pakaian anda jika tidak dibersihkan dengan betul. Jangan habiskan wanga anda pada dobi yang akan mengenakan anda bayaran yang mahal untuk menanggalkan kesan itu. Anda boleh cuba untuk menghilangkan kotoran itu sendiri di rumah.

Kopi


Rendamkan bahagian yang terkena kotoran dalam campuran air dan cuka sebelum basuh di dalam mesin basuh. Jika kotoran itu hanya dalam bentuk yang kecil hanya sapukan dengan sedikit cuka saja untuk menghialngkan kotoran itu. Jika kopi itu tertumpah pada fabrik yang diperbuat daripada material wool, rendam tisu dengan air sejuk dan tekan perlahan-lahan pada kotoran sebelum mencucinya. Coklat

Elakkan dari menggunakan air panas untuk basuh kotoran coklat kerana ia akan meninggalkan kesan yang kekal. Gunakan sabun atau detergent dan gosokkan pada bahagian yang terkena kotoran. Bilas dan ulang proses yang sama sehingga kesan kotoran hilang. Kuah Kari

Jus lemon adalah bahan yang sesuai sekiranya anda ingin menanggalkan kesan tumpahan kuah kari. Sapukan jus lemon di kawasan kotoran dan biarkan semalaman. Selepas itu, basuh seperti biasa. Anda juga boleh menggunakan ubat gigi untuk menanggalkan kesan kotoran itu.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Social Icon
bottom of page